Tertipu tawaran Smart Tag murah
Iklan
Meng (kanan) dan Seh Yong menunjukkan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
SEREMBAN - Seorang wanita kerugian selepas tertipu dengan tawaran pembelian Smart Tag murah menerusi media sosial Facebook baru-baru ini.
Menceritakan kejadian, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Meng, 32, berkata, dia telah membuat pembelian itu selepas tertarik dengan harga RM80 yang ditawarkan oleh pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Smart Tag Plus.
Iklan
Iklan
"Saya sudah lama cari Smart Tag ini dan bila tengok ada iklan di Facebook, saya terus berminat membelinya.
"Lagipun harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Saya kemudian hantar mesej pada pemilik akaun itu yang kemudian minta saya bayar menerusi nombor akaun diberi," katanya pada sidang media di pejabat ADUN Lobak, Chew Seh Yong di sini semalam.
Iklan
Meng berkata, selepas beberapa hari dia cuba hubungi individu tersebut untuk bertanya mengenai nombor 'tracking', tetapi akaun Facebooknya telah disekat. Katanya, menyedari ditipu, dia telah membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dilakukan terhadap pemilik akaun terbabit.
"Ia bukan soal wang semata-mata kerana nilainya hanya RM80 tapi saya tidak mahu ada lagi yang jadi mangsa.
Iklan
"Bila saya baca komen di Facebook, rupa-rupanya ada lagi yang telah menjadi mangsa," katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.