Ramadan: Peluang cari ruang persamaan
Iklan
Ridzwan Abu Bakar
ALOR SETAR - Umat Islam khususnya pemimpin politik disarankan menggunakan peluang Ramadan untuk mencari ruang persamaan kalangan mereka.
Setiausaha Biro Hal Ehwal Syariah, Amanah nasional, Ridzwan Abu Bakar berkata, perbezaan fahaman politik tidak wajar dijarakkan lagi dengan isu, sentimen mahupun kenyataan berbaur fitnah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Ramadan seharusnya mengajar umat Islam untuk memanfaatkan seluruh sistem yang ada untuk kepentingan bersama.
"Gunakan peluang Ramadan ini mencari titik persamaan antara pimpinan parti politik, bukan lagi bercakaran dengan umpat keji atau fitnah yang tidak berasas,” katanya, kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Iklan
Pengarah Komunikasi Amanah Kedah itu berkata, ahli mahupun pimpinan parti politik seharusnya mengamalkan ‘politik minda’, bukan politik sentimen semata-mata.
"Seeloknya Ramadan ini menjadi titik permulaan untuk orang politik, khususnya agamawan yang cenderung menggunakan masjid dan surau menyebarkan unsur tidak sihat dalam masyarakat, propaganda politik harus dihentikan dalam masjid,” katanya.
Iklan
Menurutnya, bermula dengan Ramadan dan bulan-bulan seterusnya, semua premis awam hendaklah dijadikan benar-benar tempat awam dan boleh digunakan oleh semua pihak.
Ridzwan berkata demikian ketika mengulas insiden beberapa pemimpin politik kebelakangan ini yang sering bercakaran dalam pelbagai isu, sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur fitnah.
Menurutnya, Ramadan adalah bulan yang menggabungkan tiga kemuliaan, iaitu puasa yang membentuk jiwa ‘timbang rasa’ dan ‘kebersamaan’, selain kitab suci al-Quran sebagai panduan hidup serta doa yang menjadi talian terus antara hamba dan pencipta.
"Semoga kita diberikan kekuatan untuk memanfaatkan tiga kemuliaan itu demi manfaat diri dan ummah sejagat,” katanya.
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu itu kerana ia melibatkan isu peribadi.
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662633/berita/politik/isu-hutang-calon-pn-pimpinan-bersatu-sudah-diberi-penjelasan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com