Anwar pertahan Tun M sebagai negarawan

Iklan
Anwar bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Digital Native Agenda’ di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini semalam.- Foto Bernama

BANGI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus memainkan peranan penting sebagai seorang negarawan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan negara, kata presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia harus diberi ruang. Andai kata saya ambil alih pun, peranan Dr Mahathir tetap ada sebagai seorang negarawan yang berjasa kepada negara kita,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Digital Native Agenda’ di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini semalam.

Iklan
Iklan

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson diminta mengulas mengenai ulang tahun pertama beliau dibebaskan dari penjara pada 16 Mei.

Mengenai pelan peralihan kepimpinan, Anwar berkata apa-apa perkara mengenai pelan peralihan perlu dibincangkan antara beliau dan Dr Mahathir seperti yang dilakukan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Soal tarikh (peralihan kuasa) dan sebagainya, biar beliau (Dr Mahathir) bincang dengan saya, saya tiada masalah,” kata Anwar. - Bernama