1MDB: Siasatan terhadap Jasmine Loo selesai - KPN

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu keputusan Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan terhadap Jasmine Loo sudah selesai dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara dan kita menunggu keputusan untuk tuduh atau sebaliknya.

Bulan lalu, media melaporkan PDRM mengesahkan sudah mengenal pasti sebahagian aset hasil penyelewengan 1MDB yang didaftarkan atas nama Jasmine Loo.

Iklan

Aset yang merangkumi hartanah, akaun bank, lukisan, beg tangan berjenama mewah, jam tangan dan dokumen berkaitan dianggarkan bernilai RM93.2 juta iaitu nilai semasa pembelian dibuat pada 2013.

Semua aset ini membabitkan pembelian hartanah dan barangan mewah New York, London dan Singapura serta pelaburan di Amerika Syarikat yang semuanya didaftar atas nama Jasmine.

Iklan

Terdapat juga sembilan lukisan mewah termasuk dua daripadanya lukisan Pablo Picasso.