Jerebu: 4 kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat pagi ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, dengan Cheras mencatatkan bacaan tertinggi 169 setakat jam 9 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah di Batu Pahat (158) dan Larkin, Johor (137) diikuti Bukit Rambai, Melaka (156).