PBB digesa main peranan henti serangan Israel ke atas Palestin
Iklan
Orang ramai mengibarkan bendera Palestin semasa perhimpunan menyokong rakyat Palestin di Pennsylvania Avenue di luar Rumah Putih, Washington DC, Amerika Syarikat pada Ahad. - Foto EPA (Gambar kecil: Hasnul Haniff)
SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa masyarakat dunia mengekspresikan secara jelas solidariti, dukungan dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin terhadap konflik yang kian memuncak di antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza.
Setiausaha Agungnya, Hasnul Haniff Harun berkata, dunia perlu mengakui dasar kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun menjadi punca konflik tersebut termasuk ‘Operasi Taufan Al-Aqsa”.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penjajahan berterusan, peluasan penempatan haram dan penafian hak kemanusiaan Palestin serta provokasi bersistematik di Al-Aqsa menyebabkan jutaan nyawa rakyat Palestin terkorban.
"MBM menggesa campur tangan segera dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi nyawa orang awam yang tidak berdosa serta memainkan peranan proaktif menghentikan serangan ini
Iklan
"Masyarakat dunia perlu memperakui dan mempertahankan hak rakyat Palestin dan kedaulatan tanah air mereka. Rakyat Palestin berhak hidup aman berdasarkan persempadanan yang diiktiraf pra-1967," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, hak kemanusiaan perlu dipertahankan khususnya golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas.
Iklan
"Kami menggesa pemimpin-pemimpin utama dunia untuk terus memberikan tekanan kepada rejim Zionis melalui perundingan saluran diplomasi PBB serta menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Palestin.
"Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra juga telah menyatakan solidari bersama Palestin.
"Sehubungan itu, MBM menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum untuk sama-sama bersatu nyatakan sokongan kepada rakyat Palestin atas dasar kemanusiaan sejagat,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>