Kerajaan setuju teruskan program PLKN, latihan di kem tentera
Iklan
Mohamad semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan kaedah latihan berbeza iaitu menggalakkan anak muda untuk menjalani latihan disiplin dan ketenteraan di kem tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi tujuan tersebut, sebanyak 13 kem pusat latihan askar Wataniah dengan kapasiti yang mampu menampung seramai 20,000 pelatih akan digunakan bagi sesi latihan untuk tempoh 45 hari.
Iklan
Iklan
"Kerajaan telah pun memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN kerana PLKN ini amat baik untuk diberikan asas ketatanegaraan kepada belia.
"Satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan 'template' (rangka) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.
Iklan
Beliau menjawab pertanyaan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan-cadangan pelaksanaan semula PLKN sebagai satu inisiatif di bawah kementerian.
Dalam pada itu, ujar Mohamad, pelaksanaan PLKN 3.0 di kem tentera juga dilihat dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang hanya akan membelanjakan sebanyak RM100 juta setahun.
Iklan
Menurutnya, model PLKN sebelum ini mencecah kos perbelanjaan sehingga RM500 juta setahun.
"Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan.
"Penjimatan ini adalah kerana kita menggunakan kem dan tentera (pengajar dan jurulatih) sendiri,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>