Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras di sini merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, lima kawasan di Selangor merakamkan bacaan IPU melebihi 100 iaitu Banting (156), Klang (155), Petaling Jaya (143) serta Shah Alam dan Johan Setia masing-masing mencatatkan 153.

Iklan
Iklan

Sementara itu, sejumlah 56 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala empat kawasan lain mempunyai bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Iklan

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama

Iklan