Polis trafik taruh nyawa selamatkan pemandu dalam banjir

Iklan
Anggota JSPT Kuala Lumpur menyelamatkan seorang pemandu selepas keretanya tenggelam dalam banjir di terowong Jalan Sow Lin, Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sanggup mempertaruhkan keselamatan diri untuk menyelamatkan orang awam selepas kereta dipandu mangsa hampir tenggelam dalam banjir di terowong Jalan Chan Sow Lin dekat sini pada Jumaat.

Pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, kejadian itu berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 6 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiga anggota JSPT Kuala Lumpur yang sedang membuat pemantauan kawasan banjir telah melihat kereta mangsa terperangkap di lokasi terbabit.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan
Anggota JSPT Kuala Lumpur ketika menyelamatkan seorang pemandu selepas keretanya tenggelam dalam banjir di terowong Jalan Sow Lin, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Anggota itu ialah Koperal Syed Syafiq Syed Salim, Lans Koperal Shahril Kamaruzaman dan Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail.

Tambah Mohd Nasri, beliau mengucapkan syabas kepada ketiga-tiga anggota terbabit yang berani membantu ketika kecemasan.

Iklan

"Ini juga selari dengan tema Hari Polis iaitu polis dan masyarakat berpisah tiada," ujarnya.