Dr Noor Hisham dilantik Canselor Universiti Cyberjaya
Iklan
Dr Noor Hisham dilantik Canselor Universiti Cyberjaya. - Foto Facebook UoC
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Oktober lalu.
UoC memaklumkan, Dr Noor Hisham menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Anwar Ali yang telah bersama dengan universiti itu sejak 2019.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pelantikan Dr Noor Hisham sebagai Canselor ketiga itu dibuat kerana reputasi kerjaya yang luar biasa sebagai bekas Ketua Pengarah Kesihatan selain mempunyai peranan penting dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Dr Noor Hisham membawa pelbagai pengalaman dan kepakaran kepada institusi kami.
Iklan
"Kami yakin kepimpinannya akan mendorong UoC ke tahap yang baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Dr Noor Hisham bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada April lalu selepas 35 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, namun kini kembali bertugas di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya.
Iklan
Difahamkan, beliau bakal menawarkan khidmatnya di bilik pembedahan institut berkenaan pada setiap Isnin dan konsultasi di klinik pada Selasa.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, beliau berbesar hati dilantik sebagai Canselor UoC dan berhasrat menggunakan peranannya bagi meningkatkan akses kesihatan serta kesaksamaan di rantau ini.
"Saya berbangga dapat berkongsi visi dan misi UoC. Saya percaya universiti ini ada potensi besar di Malaysia dan di luar negara untuk berusaha menjadi hab pendidikan penjagaan kesihatan terbaik di wilayah Pasifik Barat,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>