Hanya individu berkelayakan boleh tafsir ayat al-Quran

Iklan
JANGAN mentafsirkan kalam ALLAH sesuka hati tanpa ilmu kerana ia perbuatan yang dilarang keras dalam Islam. -Foto: 123rf

PERBUATAN mentafsirkan al-Quran dengan pendapat sendiri dalam keadaan seseorang itu tidak layak termasuk dalam kategori berkata ke atas ALLAH SWT tanpa ilmu.

Bukan itu sahaja, individu bukan Islam yang melakukan sedemikian sewenang-wenangnya tanpa ilmu juga dikira menghina dan mempermainkan kesucian al-Quran.

Iklan
Iklan

Disebabkan itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Selangor, Ustazah Noor Rashidah A Rahman mengingatkan orang awam supaya tidak berbuat demikian jika tiada kelayakan.

USTAZAH NOOR RASHIDAH

Iklan

Ia perbuatan yang dilarang sama sekali dilakukan dalam Islam.

ALLAH SWT berfirman:"Sesungguhnya ia (syaitan) menyuruh kamu melakukan perkara yang buruk lagi keji. Serta menyuruh kamu berkata kepada ALLAH SWT akan sesuatu yang kamu tidak ketahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 169)

Iklan

"Jelas sekali larangan keras diberikan kepada individu mentafsirkan al-Quran menurut fahamannya sendiri tanpa ada sebarang ilmu berkaitan tafsir kalam ALLAH itu.

"Apatah lagi jika tujuan pentafsiran tersebut dibuat untuk kepentingan peribadi mahupun organisasi,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

"Ia turut berkait dengan penjelasan makna-maknanya dan pengeluaran hukum-hakam serta hikmahnya.

"Dalam mentafsirkan al-Quran, hanya individu yang berkelayakan dengan sifat-sfat tertentu sahaja boleh untuk berbuat demikian.

"Mereka yang tiada kebolehan berkenaan dilarang sama sekali untuk mentafsirkan kalamullah,” tegasnya.

ALLAH SWT memerintahkan hamba-NYA agar sentiasa mentadabbur ayat-ayat-NYA sebagai satu usaha untuk memahami kalam-NYA dengan baik. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

Tadabbur ayat-ayat al-Quran

Sebagai orang awam, Ustazah Noor Rashidah menitipkan pesanan agar kita mengambil dan mengikuti tafsir-tafsir yang telah dilakukan para sahabat, tabi’ dan tabiin serta ulama-ulama terdahulu.

"Apalagi jika mentafsirkan ayat al-Quran mengikut selera hawa nafsu sendiri ataupun mempunyai kepentingan peribadi ataupun organisasi,” ungkapnya.

Ini kerana, katanya, al-Quran merupakan kalam ALLAH yang diturunkan kepada kita melalui Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan, iktibar dan pengajaran sepanjang hayat kita.

"Bahkan, ALLAH SWT memerintahkan kita agar sentiasa mentadabbur ayat-ayat-NYA sebagai satu usaha untuk memahami kalam-NYA dengan baik,” katanya.

Firman ALLAH SWT:"(Inilah) Kitab yang telah KAMI turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) supaya mereka mentadabbur ayat-ayatnya dan supaya golongan ulul albab mengambil peringatan.” (Surah Sodd, ayat 29)

Siapakah individu yang layak mentafsirkan al-Quran dan apakah justifikasinya?

Menjawab persoalan itu, Ustazah Noor Rashidah menjelaskan, terdapat dua cara menghuraikan kalamullah berkenaan.

Pertamanya adalah dengan mentafsir menggunakan al-Quran, as-Sunnah dan pendapat-pendapat para sahabat serta tabiin, ungkapnya.

Sebagai orang awam, ambil dan ikuti tafsir-tafsir yang telah dilakukan para sahabat, tabi’ dan tabiin serta ulama-ulama terdahulu. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

"Satu lagi cara adalah menerusi tafsir dengan ijtihad, tetapi ia memerlukan kepada beberapa syarat yang telah diletakkan oleh para ulama kepada individu yang mentafsir.

"Syarat-syaratnya adalah mereka perlu menguasai ilmu bahasa Arab, Nahu, Sorof, Balaghah, Qira’at, Usuluddin, Fiqh, Usul Fiqh, Asbab an-Nuzul, Nasikh dan Mansukh serta ilmu hadis.

"Bukan itu sahaja, individu berkenaan juga perlu menguasai dan tahu ayat-ayat Makki dan Madani, ayat-ayat Muhkamat dan Mutasyabihat, ayat-ayat khas dan am serta ayat Mutlaq dan Muqayyad,” katanya.