Jabatan Perhutanan diminta ambil perhatian dakwaan Orang Asli
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
SEREMBAN - Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan diminta mengambil perhatian dakwaan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Mahang di Nilai yang aktiviti pembalakan di kawasan itu memberi kesan kepada sumber air mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sepatutnya tidak timbul sebarang isu kerana telah ada perjumpaan dan perbincangan bersama Orang Asli sebelum aktiviti pembalakan dijalankan.
Iklan
Iklan
"Kalau ada rungutan itu, saya minta Jabatan Perhutanan melihat semula (aktiviti pembalakan itu), datang melawat kawasan tengok sama ada berlaku perlanggaran atau sebaliknya.
"Tapi saya difahamkan setakat ini tiada perlanggaran dan pemegang lesen dapat mengawalnya dengan baik," katanya kepada pemberita.
Iklan
Menurutnya, aktiviti pembalakan berkenaan mempunyai lesen sah yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan pada tahun 2019 serta tidak melibatkan kawasan penduduk Orang Asli terbabit.
"Aktiviti pembalakan itu dilakukan di luar kawasan mereka duduk. Jadi tak timbul isu sebenarnya, cuma ialah ada bantahan dan sekatan itu," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796689/edisi/melaka-ns/mb-sahkan-proklamasi-penurunan-takhta-tuanku-muhriz-diputuskan-semua-exco-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #Proklamasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-17T05:42:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P86S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb8thwm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb8thwm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb8thwm"></script>