Letupan di kilang penapisan minyak haram di Nigeria ragut 37 nyawa

Iklan
Letupan di kilang penapisan minyak haram di wilayah Delta Niger mengorbankan sekurang-kurangnya 37 nyawa pada Selasa. - Foto Agensi

ABUJA (Nigeria) - Letupan di kilang penapisan minyak haram di wilayah Delta Niger mengorbankan sekurang-kurangnya 37 nyawa pada Selasa.

Letupan berlaku di kawasan Emohua di Rivers State ketika kilang penapisan memproses minyak mentah, lapor Anadolu Agency memetik media tempatan.

Iklan
Iklan

Seorang wanita hamil antara yang terbunuh, manakala ramai lagi cedera.

Beratus-ratus kilang penapisan minyak haram beroperasi di Nigeria.

Iklan

Negara ini mempunyai kira-kira 37 bilion tong rizab minyak mentah, menyumbang 3.1 peratus daripada rizab global.

Nigeria, yang berada di kedudukan antara 15 negara pengeluar minyak mentah utma di dunia mempunyai rizab minyak ke-10 terbesar dunia dan keenam dari segi eksport minyak. - Bernama-Anadolu

Iklan