Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Iklan
Dr Noor Hisham mengumumkan kembali bertugas di Institut Endokrin Hospital Putrajaya. - Gambar Facebook Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan beliau kembali bertugas di Institut Endokrin Hospital Putrajaya.
Dalam catatan di akaun Facebook peribadinya pada Selasa, Dr Noor Hisham berkata, beliau akan memberikan khidmatnya di bilik pembedahan pada setiap hari Isnin.
Iklan
Iklan
Sementara, pada setiap hari Selasa pula, beliau akan memberikan konsultansi di klinik.
"Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa. Insya-ALLAH," tulis beliau dalam hantaran di akaun Facebook itu.
Iklan
Dalam hantaran itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, Institute Endokrin berkenaan meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil merangkumi Unit Rawatan Rapi ICU (dewasa 10 katil, pediatrik 8 katil) serta Dewan Bedah Hibrid (Neuro-Endokrin Berintegrasi).
Tidak ketinggalan, jelas beliau, terdapat empat Dewan Bedah telahpun mula beroperasi pada minggu lepas.
Iklan
Dr Noor Hisham bersara wajib sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 19 April lalu selepas 35 tahun mencurahkan khidmat dalam sektor kesihatan awam negara.
Beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah sejak 2013 dan sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik Covid-19.
Bahkan, Dr Noor Hisham disifatkan oleh rakyat Malaysia sebagai 'wira' rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>