Pas nafi keluar arahan tidak pertanding jawatan tertinggi
Iklan
Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Pas mengeluarkan arahan untuk tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi parti.
Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak pernah menghalang calon dari mana-mana kawasan untuk memegang jawatan di dalam parti.
Iklan
Iklan
"Jawatan adalah suatu amanah yang perlu dipikul seandainya dipilih. Berkat kerjasama jemaah, insya-ALLAH jemaah ini akan terus diberkati ALLAH,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.
Pada 29 September lalu, Sinar Harian melaporkan, tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadual berlangsung bulan depan.
Iklan
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>