Karnival Segalanya Felda wadah mendekatkan komuniti setempat
Iklan
Perdana Menteri bersama penduduk semasa Karnival Segalanya Felda di Felda Teloi Timur, Sik, Kedah pada Ogos lalu.
SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menganjurkan Karnival Segalanya Felda di 11 kawasan seluruh negara termasuk Felda Mempaga, Pahang yang akan dijalankan di Dataran Felda Chemomoi pada 1 dan 2 Oktober.
Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Strategik Felda, karnival di kawasan berkenaan akan dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi menyantuni warganya.
Iklan
Iklan
"Ia dilaksanakan sebagai satu wadah mendekatkan komuniti setempat dan mengangkat agenda kebersamaan serta menjulang semangat kesepaduan yang menjadi fabrik masyarakat selama ini.
"Dengan demografi generasi baharu, mereka mewakili peratusan lebih besar, jadi karnival ini juga dapat menjadi medium untuk meningkatkan keterlibatan warga belia dalam aktiviti kemasyarakatan.
Iklan
"Banyak aktiviti yang dijalankan bagi memberi manfaat secara langsung kepada warga Felda dan pengunjung yang hadir dapat bersama-sama menikmati Jualan Rahmah daripada pelbagai agensi serta usahawan tersebut,” kata kenyataan itu pada Sabtu.
Anwar ketika berucap pada Karnival Segalanya Felda di Felda Teloi Timur, Sik, Kedah pada Ogos lalu.
Sebelum ini, dua karnival telah dilaksanakan iaitu di wilayah Felda Raja Alias, Negeri Sembilan dan Felda Alor Setar, Kedah, masing-masing pada Julai dan Ogos lalu.
Iklan
Di samping itu, acara yang dijalankan dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat selain memberi peluang kepada semua pengunjung untuk mendapatkan barang keperluan asas yang lebih murah.
"Ada juga pemeriksaan kesihatan secara percuma disediakan dan pelbagai pertandingan serta aktiviti sukan rakyat yang boleh disertai.
"Bagi edisi di Felda Chemomoi nanti, turut diadakan Malam Cinta Rasul, Felda berselawat sempena sambutan Maulidur Rasul dengan menampilkan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid terkenal, Inteam dan penyanyi Black,” jelas kenyataan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>