Lima kedai makan 'port' warga asing diserbu, 26 ditangkap
Iklan
MBS menyita pelbagai barangan di premis makanan yang diusahakan warga asing. - Foto Facebook MBS
NILAI - Lima kedai makan yang disyaki menjadi 'port' warga asing di Taman Semarak di sini diserbu pihak berkuasa dalam Op Bersepadu Khas pada Sabtu.
Serbuan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) itu turut mendapati ada premis makanan yang menjalankan kegiatan judi dalam talian selain dikesan menawarkan minuman keras tanpa cukai.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, seramai 42 individu diperiksa, 26 daripadanya ditahan di empat daripada lima premis, majoriti warga asing dari Nepal dan Myanmar serta dua individu warga tempatan.
"Serbuan ini susulan aduan orang ramai yang bimbang kerana lokasi tersebut sering menjadi tumpuan warga asing.
Iklan
Abdul Malik berkata, di premis kedua, pemeriksaan mendapati kedai makan itu menjalankan kegiatan judi dalam talian.
"Kami telah merampas sebuah telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk aktiviti loteri awam tanpa lesen manakala sebuah telefon lagi disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian online.
Iklan
"Turut dirampas wang tunai berjumlah RM623," katanya.
Ujar Abdul Malik lagi, di premis ketiga pihaknya menahan seorang lelaki warga Myanmar dan merampas 162 botol minuman keras bersama satu kotak lagi arak jenama Brahmas.
"Premis keempat pula kita merampas sebanyak 53 kotak dan 20 botol minuman dipercayai diseludup.
"Semua tangkapan dibawa ke IPD Nilai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 4B(a) dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka serta Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen," katanya.
Katanya, satu siasatan dibuka mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.