Pemuda UMNO nafi protes calon BN di Pelangai
Iklan
Dr Muhamad Akmal
BENTONG - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes dalam kalangan ahli sayap parti itu terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Beliau berkata, Pemuda UMNO Pahang dan Bentong taat serta menghormati kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dalam menentukan strategi terbaik bagi memenangi pilihan raya itu.
Iklan
Iklan
"Tidak ada langsung protes daripada Pemuda UMNO...tidak ada isu pun untuk kita protes calon,” katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.
Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan bekas ahli Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Haslihelmy DM Zulhasli, yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRK DUN Pelangai, sebagai tanda protes terhadap keputusan BN mengetengahkan Amizar sebagai calon.
Iklan
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keahlian Haslihelmy sebagai ahli Pemuda UMNO Bahagian Bentong gugur secara automatik selepas bertanding sebagai calon Bebas.
PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Kasim Samat daripada Perikatan Nasional (PN) dan Haslihelmy yang menggunakan simbol kereta.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>