Tian Soon, You Fong dipilih Ketua Pemuda, Wanita MCA baharu
Iklan
KUALA LUMPUR - Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon dipilih sebagai ketua pemuda MCA yang baharu, selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat sayap itu diumumkan Setiausaha Agung MCA,Datuk Chong Sin Woon, tengah malam tadi.
Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, menang selepas memperoleh 130 undi, mengalahkan dua pesaingnya Danial Wa Wai How yang meraih 58 undi, manakala Bernard Chan Kee Siang gagal memperoleh undi.
Iklan
Iklan
Jawatan itu tidak dipertahankan Datuk Nicole Wong, yang bertanding jawatan naib presiden bagi pemilihan kali ini.
Sementara itu, Wong You Fong pula dipilih sebagai ketua wanita yang baharu selepas menerima 281 undi, berbanding 98 undi yang diraih pencabarnya Datuk Ooi Siew Kim.
Iklan
Hari ini pula akan berlangsung pemilihan bagi jawatan utama parti membabitkan jawatan presiden, naib presiden dan ahli-ahli jawatankuasa pusat, dengan keputusan dijangka diumumkan selepas pengiraan undi yang bermula pada 7 petang.
Pada pemilihan kali ini, Datuk Dr Mah Hang Soon mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden, selepas menang tanpa bertanding.
Iklan
Proses pemilihan parti itu dibuat mengikut Perkara 167 Perlembagaan MCA, yang memperuntukkan bahawa pemilihan perlu diadakan dalam tempoh enam bulan, selepas pilihan raya umum. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>