'Gelap mata' dengan tawaran lumayan, pesara rugi RM289,067

Iklan
Seorang pesara mengalami kerugian RM289,067 akibat terpedaya dengan satu skim pelaburan tidak wujud selepas tertarik dengan satu tawaran menerusi Facebook bulan lalu. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Ismail Dollah

JOHOR BAHRU - Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM289,067 akibat terpedaya dengan satu skim pelaburan tidak wujud selepas tertarik dengan satu tawaran menerusi Facebook bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan mangsa yang merupakan warga emas berusia 68 tahun pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Mangsa kemudian diminta memuat turun satu aplikasi dengan menekan pautan diberikan. Mangsa telah memberikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat akaun bank bagi tujuan pendaftaran," katanya dalam satu kenyataan pada malam Jumaat.

Beliau berkata, mangsa juga diterangkan untuk mengendalikan aplikasi tersebut dan diberitahu keuntungan akan diperoleh mengikut kemampuan modal masing-masing.

Iklan

Katanya, mangsa berminat dengan tawaran tersebut dan pada tarikh 24 Ogos sehingga 21 September telah membuat pindahan wang ke dalam tujuh akaun bank yang berbeza atas arahan suspek berjumlah RM289,067.

Bagaimanapun katanya, selepas bayaran dibuat, mangsa tidak menerima sebarang pulangan wang yang dijanjikan sebelum menyedari ditipu dan membuat laporan polis.

Iklan

Menurut Ismail, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Polis menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dan membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika mempunyai sebarang keraguan," katanya.