Konflik di Yaman: Malaysia alu-alukan kenyataan Arab Saudi
Iklan
Wisma Putra
PUTRAJAYA - Malaysia mengalu-alukan kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi pada 14 September mengenai penyelesaian konflik di Yaman.
Pengisytiharan itu adalah satu langkah ke arah membina keamanan yang berkekalan dan penyelesaian politik berdaya maju yang boleh diterima oleh semua pihak serta mengandungi jemputan kepada delegasi dari Sana'a, Yaman, untuk melawat Arab Saudi.
Iklan
Iklan
"Malaysia memuji usaha yang diketuai oleh Kerajaan Arab Saudi, Kesultanan Oman, dan Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Yaman bagi menamatkan krisis di negara itu.
"Ini sudah tentu akan menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Iklan
Pada 14 September, Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan bahawa Arab Saudi menjemput delegasi Houthi Yaman ke Riyadh untuk melanjutkan rundingan gencatan senjata.
"Arab Saudi mahu menyambung semula usahanya dengan Oman untuk"mencapai persetujuan gencatan senjata yang kekal dan menyeluruh di Yaman dan penyelesaian politik yang mampan yang boleh diterima oleh semua parti Yaman,” menurut SPA. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>