Sabah benam cabaran Hougang United

Iklan
Darren Lok (kiri) meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 Sabah ke atas Hougang United.

SABAH FC tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata selepas menewaskan Hougang United 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan H Piala AFC 2023 di Stadium Likas pada Khamis.

Dominasi jelas dipamerkan oleh skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang memberikan tekanan demi tekanan kepada pasukan dari Singapura itu sepanjang 90 minit perlawanan.

Iklan
Iklan

The Rhinos membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Gabriel Peres selepas menanduk kemas hantaran daripada Miguel Angel Garrido Cifuentes.

Darren Lok meletakkan Sabah selesa dihadapan pada minit ke-38 apabila menolak masuk bola berpunca sepakan penjuru yang sebelum itu telah ditampan oleh penjaga gol Hougang, Zaiful Nizam Abdullah.

Iklan

Bagaimanapun, tuan rumah kembali membalas sekali lagi menerusi jaringan Darren Lok yang menanduk hantaran Park Tae-Su dua minit kemudian untuk memastikan kemenangan pasukan Borneo itu.

Keputusan itu meletakkan Sabah berada di kedudukan kedua kumpulan H berkongsi mata dengan pasukan dari Vietnam, Hai Phong yang menewaskan PSM Makassar dalam satu lagi perlawanan.

Iklan

Ia juga menyaksikan Sabah meneruskan kecemerlangan satu lagi wakil negara di pentas Piala AFC iaitu Terengganu FC yang turut melakar kemenangan dalam kumpulan G menewaskan Central Coast Mariners pada Rabu.