SG4: Tun M tiada kuasa kawal negeri, hanya bantu - Sanusi

Iklan

ALOR SETAR - Penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pembangunan ekonomi empat kerajaan negeri ditadbir oleh Pas atau 'State-Goverment 4' (SG4) tidak memberi peluang kepada Tun Mahathir mengawal negeri-negeri terbabit seperti dakwaan sesetengah pihak.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebaliknya khidmat dan pengalaman Tun Mahathir akan membantu pembangunan negeri-negeri terbabit berkembang maju dan berdaya saing.

Iklan
Iklan

"Lagipun dia ada rangkaian dan perhubungan yang bagus (dalam pelaburan), dia sanggup nak bantu apa salahnya," katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Lembaga Pengarah, Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd (KPTC) di Wisma Darul Aman di sini pada Khamis.

Jelas Muhammad Sanusi, beliau turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang juga berkeinginan untuk membantu Kedah.

Iklan

Pada Rabu, Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan Sanusi dan barisan Exco Negeri Kedah di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Dalam sesi pertemuan tersebut Tun Mahathir telah memberikan komitmen yang amat tinggi untuk terus membimbing negeri Kedah serta tiga negeri lain di bawah gabungan ‘SG4’ melalui pengalaman beliau membangunkan Malaysia pada suatu masa dahulu.

Iklan