Kerajaan Persekutuan lulus lima RTB di Negeri Sembilan
Iklan
Aminuddin
SEREMBAN - Kerajaan Persekutuan telah meluluskan lima projek baharu rancangan tebatan banjir (RTB) di Negeri Sembilan yang dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat selewat-lewatnya awal tahun hadapan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kebanyakan projek terbabit dijangka siap pada tahun 2030 dan ia mampu mengatasi masalah banjir yang berlaku.
Iklan
Iklan
"Ini satu berita baik tetapi kosnya tidak dapat diperincikan, tetapi ia sedang diuruskan.
"Sebelum ini kita mengambil tindakan jangka pendek dengan membenarkan projek mengorek sungai di beberapa kawasan bagi mengurangkan banjir di Seremban tetapi jangka panjangnya saya yakin dengan adanya projek RTB ini ia dapat mengurangkan kesan banjir di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.
Iklan
Menurutnya, lima projek RTB itu adalah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Pedas, Rembau; RTB Sungai Raya, Linggi, Port Dickson; RTB Sungai Solok, Linggi, Port Dickson; RTB Sungai Jelai, Kuala Pilah dan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi, Fasa Lima dari Rantau ke Ampangan di daerah Seremban.
Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan projek jambatan Sungai Sepang yang menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang di Selangor.
Iklan
"Kita harap dengan adanya pembinaan projek berkenaan akan dapat merancakkan lagi pembangunan di negeri ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, kerajaan negeri amat mengalu-alukan sekiranya terdapat rancangan untuk membina semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang sebelum ini telah dibatalkan.
"Kita dapat makluman bahawa projek ini akan diteruskan dan kerajaan negeri amat mengalu-alukannya kerana dapat merangsang pembangunan ekonomi,” katanya.
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.