Video tular: FAMA Negeri Sembilan diminta tambah baik kaedah jualan BPT
Iklan
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli beras tempatan pada program Jualan Beras Putih Tempatan di Pusat Operasi FAMA Senawang, pada Rabu. - Foto Bernama
SEREMBAN, 20 Sept (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan diminta menambah baik kaedah pembelian beras putih tempatan (BPT) menerusi program Intervensi Pengedaran BPT bagi memastikan setiap masyarakat mendapatkannya.
Exco Kanan negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia termasuk memperincikan dan mengehadkan jumlah pembelian kepada setiap individu atau keluarga bagi mengelakkan bekalan beras tidak mencukupi sehingga menimbulkan rungutan dalam kalangan mereka.
"Hari ini adalah hari pertama, mungkin FAMA agak terlepas pandang, sehingga ada yang membeli lebih daripada jumlah sepatutnya.
"Saya telah ingatkan kepada pegawai agensi terbabit supaya lebih spesifik dan praktikal dalam mengedar dan menjual bekalan beras dalam program ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri berkata demikian bagi mengulas video tular memaparkan orang ramai tidak berpuas hati apabila beras tempatan habis tanpa sempat membelinya ketika program jualan berkenaan dipercayai di Pusat Operasi FAMA Kuala Pilah.
Selain itu, Jalaluddin sekali lagi menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat pembelian panik kerana bekalan beras tempatan tentunya mencukupi untuk pembelian pengguna di negeri ini. - Bernama
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Program 'Melaka Bila Larut Malam' yang pertama kali direalisasikan kerajaan negeri berjaya menarik 4,120 pengunjung dari pelbagai negeri ke Zoo Melaka pada malam Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tinjauan Sinar Harian mendapati seawal jam 8 malam, orang ramai telah mula membanjiri pekarangan Zoo Melaka untuk membuat bayaran tiket serendah RM10 seorang berbanding harga biasa mencecah lebih RM30.
Malah dalam tempoh 30 minit selepas kaunter tiket dibuka, lebih 500 tiket telah terjual sempena sambutan itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667891/edisi/melaka-ns/melaka-bila-larut-malam-tarik-lebih-4000-pengunjung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZooMelaka