KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas di Danau Saujana, Setapak, di sini pada 12 September lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian pada 11.16 malam itu, anggota dari Balai Polis Setapak ternampak sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.