MALBATT: Misi Bakara kutip RM32.5 juta selepas lima minggu

Iklan
MALBATT: Misi Bakara berjaya mencatat kutipan RM32.5 juta dalam tempoh lima minggu tayangan.

FILEM yang diadaptasi berdasarkan kisah benar yang berlaku di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia iaitu MALBATT: Misi Bakara berjaya mencatat kutipan RM32.5 juta dalam tempoh lima minggu tayangan.

Berita gembira itu dikongsikan GSC Movies menerusi akaun Instagram mereka pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua atas sokongan yang anda berikan kepada #MALBATTMisiBakara!

"Yang belum tonton, jom ajak ramai-ramai ke pawagam," tulis pengendali akaun terbabit.

Iklan

Kutipan itu menyaksikan filem arahan Adrian Teh berada dalam senarai Top 10 kutipan tertinggi filem tempatan.

Malah rata-rata masih mengharapkan filem yang dibintangi ramai pelakon seperti Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim dan Iedil Dzuhrie itu masih mampu mencatat kutipan yang lebih tinggi memandangkan filem berkenaan masih ditayangkan di pawagam.

Iklan

MALBATT: Misi Bakara Perjalanan menceritakan tentang pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) ketika terlibat dalam operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia ketika perang saudara di sana.

Dalam peristiwa itu, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berani menawarkan diri dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Somalia apabila helikopter Black Hawk milik mereka ditembak jatuh dan dikepung oleh ribuan pengikut Farrah Aidid.