Permaisuri zahir sukacita, bangga roti canai dinobat roti terbaik dunia
Iklan
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita dan bangga kerana roti canai yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh TasteAtlas, baru-baru ini. - Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita dan bangga kerana roti canai yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh TasteAtlas, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara pada Sabtu, Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada rakyat Malaysia atas kejayaan itu yang menyaksikan roti canai mengalahkan India yang popular dengan roti naan dan Eropah yang terkenal sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.
Iklan
Iklan
"Roti canai juga pilihan makanan yang digemari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)," menurut hantaran itu.
TasteAtlas, sebuah laman antarabangsa yang menjadi panduan pelancongan dalam talian, menerusi hantaran di Instagram pada Ahad lepas mengumumkan roti canai mengungguli senarai 50 roti terbaik di dunia selepas mendapat skor tertinggi 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.
Iklan
Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada TasteAtlas apabila pada Julai lepas iadipilih sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia.
Pada September tahun lepas pula roti canai dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa tersebut. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>