Sarawak terima RM4.46 bilion, peruntukan tertinggi Jendela - Fahmi
Iklan
Fahmi Fazdil - Foto: Bernama
BAU - Sarawak telah menerima peruntukan berjumlah RM4.46 bilion di bawah projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk meningkatkan liputan kesalinghubungan dan perkhidmatan Internet di negeri itu.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, jumlah itu merupakan peruntukan tertinggi yang diberikan di bawah projek itu yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"(Daripada keseluruhan jumlah itu) sebanyak RM2.93 bilion melibatkan peruntukan daripada pihak kerajaan manakala baki sebanyak RM1.53 bilion merupakan secara komersial oleh syarikat penyedia perkhidmatan,” katanya semasa berucap di program Hari Bersama Komuniti (HBK) Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Krokong pada Sabtu.
Menurutnya, projek Jendela merangkumi dua fasa bertujuan untuk meningkatkan liputan kesalinghubungan dan penyediaan perkhidmatan Internet yang berkualiti untuk manfaat rakyat, sektor perniagaan dan pihak berkepentingan.
Fahmi berkata, kerajaan Sarawak telah mempermudahkan usaha pembinaan dan menaik taraf menara Jendela bagi membolehkan 3,689 daripada 3,735 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf, dengan bakinya akan siap dinaik taraf menjelang suku keempat 2023.
Berhubung sasaran MCMC untuk meluaskan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan gentian optik kepada 207,135 premis kediaman dan perniagaan, beliau berkata 106,331 premis telah disediakan dengan gentian optik, manakala baki 100,804 premis dijangka siap menjelang suku keempat 2024.
"Sememangnya impak positif menerusi pelaksanaan Pelan Jendela di Sarawak sudah dirasai. Setakat suku kedua 2023, liputan 4G sudah mencapai 87.52 peratus di kawasan berpenduduk," katanya dan menambah sejumlah 322 daripada 587 tapak 5G yang dirancang telah berjaya disiapkan di negeri itu.
Menurutnya, sehingga 31 Ogos lepas pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai 68.8 peratus liputan di kawasan berpenduduk.
"KKD melalui Digital Nasional Berhad (DNB) komited untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023 sebelum negara beralih kepada model dwirangkaian 5G seawal Januari 2024," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>