Isu Felcra: Tajuddin, Bung Moktar dipanggil prosiding PAC Isnin depan
Iklan
Tajuddin Abdul Rahman, Bung Moktar
KUALA LUMPUR - Dua bekas Pengerusi Felcra Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Bung Moktar Radin, akan dipanggil untuk prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Isnin ini.
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Tajuddin dan Bung Moktar, dipanggil bagi memberikan penjelasan dan keterangan berhubung isu Felcra Berhad, yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2: Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.
Iklan
Iklan
"PAC telah menjalankan tiga prosiding berhubung Felcra Berhad iaitu pada 27 Jun 2023, 6 Julai 2023 dan 23 Ogos 2023,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini selepas mempengerusikan prosiding Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE).
Prosiding ketiga membabitkan isu itu hari ini, mendengar keterangan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Datuk Seri Norazman Ayob, Pengerusi Pharmaniaga Izaddeen Daud dan Pengarah Pharmaniaga Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff.
Iklan
Mas Ermieyati berkata, selepas mendengar keterangan saksi prosiding hari ini, bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min, akan dipanggil untuk prosiding seterusnya untuk isu itu, Khamis depan.
"PAC memerlukan keterangan dan penjelasan daripada Ka Siong, memandangkan nama beliau disebut dalam prosiding sebelum ini dan untuk berlaku adil kepada beliau, PAC akan mendengar penjelasan beliau,” katanya menambah bahawa surat panggilan mesyuarat kepada saksi-saksi ini akan dikeluarkan hari ini.
Selain itu, Mas Ermieyati berkata, dua laporan berhubung kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) dan laporan mengenai penjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras, dijangka dibentang pada minggu pertama, mesyuarat ketiga sidang Parlimen ini.
Iklan
Beliau berkata, Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - LCS bagi Tentera Laut Diraja Malaysia bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023; dan Laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara, telah dimuktamadkan PAC setakat ini.
"PAC Parlimen ke-15 akan mendapat taklimat setiap tiga bulan daripada Kementerian Pertahanan berhubung kemajuan kapal LCS. Sehubungan itu, PAC akan memanggil Kementerian Pertahanan pada 3 Okt ini, bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kemajuan projek pembinaan LCS bagi Jun 2023 sehingga Ogos 2023,” katanya.
Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, jawatankuasa itu juga meminta kerajaan mempercepatkan proses menyahklasifikasi Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), berhubung Projek Tukar Tanah di bawah Kementerian Pertahanan.
"Selepas laporan JKSTUPKK Tukar Tanah ini dinyahklasifikasi, PAC akan memulakan prosiding berhubung isu ini, bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar,” katanya menambah JKSTUPKK telah membentangkan laporan itu kepada PAC Parlimen ke-14, pada 2 April 2019 dan 16 November 2020.
Mas Ermieyati berkata jawatankuasa juga bersetuju untuk memulakan prosiding ke atas Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), yang dijangka dimulakan pada minggu kedua, mesyuarat ketiga pada sidang Parlimen ini. - Bernama.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.