'Syed Saddiq, ahli Parlimen jujur dan berprinsip' - KJ

Iklan
Khairy Jamaluddin semasa program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan adalah berprinsip.

Bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tindakan Syed Saddiq itu jelas berlandaskan prinsip susulan isu berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

"Sebab mereka (Ahli Parlimen PH) kata Syed Saddiq menang atas sokongan undi daripada PH. Basis argument ini sebab Syed Saddiq menang atas kerana pengundi di Muar menyokong PH.

"Hujah saya, patut Ahli-Ahli Parlimen PH letak jawatan bukan Syed Saddiq, sebab Syed Saddiq Ahli Parlimen yang jujur dengan polisi platform PH," katanya.

Iklan

Sebaliknya, ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dakwa Khairy, seharusnya berbuat demikian kerana telah melanggar Manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Yang kena letak jawatan dan minta balik mandat daripada pengundi adalah PH kerana melanggar janjinya kepada rakyat," tambahnya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.

Mengulas lanjut kata Khairy, meskipun Ahli Parlimen Muar itu menjadi pembangkang kuasa ketiga, namun beliau dilihat seolah-olah dibuli.

"Saya bukan penyokong utama Syed Saddiq, tapi saya tak suka pembuli. I dont like bullies. Saya tengok Syed Saddiq dibuli ketika ini seolah-olah orang kata dia tidak ada prinsip," jelasnya. - Awani