Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya: Bersih beri tempoh setahun
Iklan
SHAH ALAM - Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal mempunyai tempoh setahun atau sebelum penghujung tahun 2024 untuk melaksanakan reformasi pengasingan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan, kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunjukkan iltizam politik untuk melaksanakan usaha itu dengan memasukkan peruntukan kewangan yang bersesuaian dalam Belanjawan 2025.
Iklan
Iklan
"Kami ingin mencabar Perdana Menteri untuk secara terbuka mengisytiharkan bahawa pasukan petugas khas mempunyai tempoh tidak lebih daripada satu tahun.
"Oleh itu tempoh masa satu tahun Pasukan Petugas Khas Teknikal perlu dikurangkan kepada enam hingga lapan bulan untuk mempercepatkan pelaksanaan.
Iklan
"Keengganan untuk memberikan tempoh yang jelas akan menghasilkan persepsi umum bahawa pasukan petugas ini hanya sekadar mengalihkan kemarahan orang ramai terhadap DNAA (melepas tanpa membebaskan) Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) minggu lepas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, Bersih menegaskan, implikasi kewangan bagi pelaksanaan reformasi tersebut tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melambatkan proses ekoran ketidakyakinan rakyat terhadap proses kehakiman, kerajaan dan sistem politik jauh lebih mahal.
Iklan
Justeru, Bersih terbuka untuk bekerjasama dengan kedua-dua pasukan petugas khas dan prosiding dalam membantu memberi dapatan serta berkongsi amalan terbaik.
"Pasukan petugas khas untuk kajian menyeluruh ini perlu melibatkan wakil daripada pertubuhan masyarakat sivil termasuk Majlis Peguam dan ahli akademik yang pakar undang-undang.
"Bagi mencegah pendakwaan jenayah daripada pengaruh politik atau pengaruh lain, Pendakwa Raya perlu terdiri daripada pegawai berperlembagaan yang terpisah daripada AG," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>