Mat Sabu sahkan terima memorandum NGO Lawan Lapar
Iklan
Gambar dimuat naik Mohamad Sabu menerusi aplikasi X pada Selasa.
SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengesahkan menerima Memorandum Pertahankan Hak Nelayan dan Petani Demi Keterjaminan Makanan Rakyat Malaysia di pekarangan Parlimen pagi Selasa.
Jelas Mohamad, memorandum yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Lawan Lapar itu bertujuan menggesa kerajaan menghentikan semua langkah pengusiran tanah di Perak.
Iklan
Iklan
Menurutnya, NGO tersebut turut menyerahkan surat permohonan mengekalkan kawasan Kanthan, Tanah Hitam dan Changkat Kinding di Perak sebagai kawasan pengeluaran sayur.
"Saya telah mengarahkan setiausaha politik dan pegawai tugas-tugas khas untuk menerima kedua-dua memorandum berkenaan.
Iklan
"Ia bertujuan untuk menyatakan masalah yang dihadapi oleh petani berhubung Lesen Pendudukan Sementara (TOL), isu penjualan tanah dan kurangnya sokongan kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil.
"Saya turut meminta pegawai untuk menelitinya bagi tindakan susulan,” katanya menerusi hantaran di X pada Selasa.
Iklan
Berdasarkan laporan media pada Selasa, kumpulan Petani dari Perak dan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat perhimpunan aman selain berarak dari Tugu Negara, Kuala Lumpur ke Parlimen untuk menyuarakan nasib mereka.
Pengerusi Persatuan Peladang Moden, Chemor Tan Tean Chee berkata, kumpulan itu datang dalam keadaan aman dan memberitahu kerajaan tentang kesusahan yang dihadapi mereka dengan menyerahkan memorandum tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>