Kerajaan digesa cari kesepakatan politik bersama pembangkang

Iklan
Kerajaan digesa untuk mencari kesepakatan politik bersama pembangkang terutama dalam isu pembangunan ekonomi rakyat, kestabilan politik serta gesaan untuk segerakan agenda reformasi. Gambar kecil: Muhammad Faisal

SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk mencari kesepakatan politik bersama pembangkang terutama dalam isu pembangunan ekonomi rakyat, kestabilan politik serta gesaan untuk segerakan agenda reformasi.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia adalah langkah untuk menuju pemeteraian Confidence Supply Agreement (CSA) atau Persetujuan Keyakinan dan Pembekalan.

Iklan
Iklan

"Persefahaman ini penting untuk menstabilkan keadaan politik negara serta membolehkan rakyat hidup secara harmoni tanpa dibayangi politik yang keterlaluan.

"Secara langsung, ia akan membolehkan agenda reformasi institusi dapat dijalankan secara menyeluruh dan segera, di mana ia turut melibatkan pihak pembangkang selaku pemegang taruh (stakeholder),” katanya menerusi kenyataan media kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Pada September 2021 ketika itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri melakar sejarah apabila buat pertama kali menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang mengandungi enam agenda bersama Pakatan Harapan.

Ia merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Iklan

Faisal menerangkan bahawa ABIM mencermati situasi politik semasa yang dilihat menghala ke arah permusuhan secara berterusan dan khuatir jika wabak tersebut terus berlaku sehingga ia boleh menjejaskan kehidupan rakyatnya dalam keadaan pecah belah.

Tambahnya, ABIM menegaskan bahawa hanya dengan kestabilan politik sahaja, agenda semak dan imbang dapat dijalankan dengan berkesan.

"Kestabilan politik yang dirintis CSA ini juga membolehkan usaha membangunkan ekonomi negara dapat dirancakkan, yang mana hasilnya adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat,” ujarnya.