Perak sambut baik penubuhan Institut Kesihatan Mental

Iklan
Sivanesan (baju merah, tengah bersama peserta program selepas menyempurnakan OSH Explorace Pera 2023 sempena Majlis Penutup Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Perak di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong pada Isnin.

IPOH - Kerajaan negeri Perak menyambut baik cadangan kerajaan untuk menubuhkan Institut Kesihatan Mental dalam usaha menangani isu berkaitan kesihatan mental di negara ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, kewujudan institut berkenaan akan melahirkan lebih banyak pakar atau mereka yang mahir mengenai kesihatan mental.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika ini ramai pekerja yang mempunyai masalah kesihatan mental yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya disebabkan ketiadaan pakar untuk menentukan tahap masalah dihadapi.

"Banyak kes-kes pekerja yang diberhentikan disebabkan masalah mental sedangkan ia boleh dirawat dan ditangani. Jadi kita harap Institut Kesihatan Mental ini boleh membantu pekerja dan majikan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan OSH Explorace Pera 2023 sempena Majlis Penutup Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Perak di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong pada Isnin.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Dr Rabaayah Daud; Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Siti Dessyma Isnani dan Pengerusi Persatuan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran Perak, Mohd Hazry Yusof.

Pada Isnin, Anwar ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Parlimen memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu kesihatan mental.

Iklan

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Sementara itu, Sivanesan mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menubuhkan kesatuan sekerja di Perak atau penyertaan pekerja di dalam kesatuan.

Menurutnya, penyertaan pekerja di dalam kesatuan sekerja amat penting bagi memastikan kebajikan pekerja lebih terbela.

Beliau berkata, pihaknya memberikan nasihat perundangan secara percuma dalam usaha mewujudkan lebih kesatuan sekerja di Perak.