CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Iklan
Young Syefura
ROSKHOIRAH YAHYA
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP), Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.
Young Syefura berkata, ini kerana perjuangan DAP jelas selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan mengikut lunas undang-undang.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, buktinya DAP secara konsisten melibatkan diri dalam proses demokrasi dan pilihan raya negara.
"Kami menyambut baik kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada Persidangan Parti DAP 2023 semalam bahawa DAP akan sentiasa berpandukan pada Perlembagaan Persekutuan.
Iklan
"Kenyataan ini mengulangi sekali lagi pendirian parti bahawa DAP sentiasa menjunjung, menghormati dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.
Tambah Young Syefura, DAP bukanlah parti untuk satu kaum sahaja bahkan memperjuangkan semua keturunan dan ras dalam Malaysia termasuk orang Melayu.
Iklan
"Perjuangan DAP adalah demi rakyat Malaysia. Orang Melayu dalam DAP berperanan sama seperti kaum dan bangsa lain dalam menyumbang serta menabur bakti kepada masyarakat.
"Selain itu, ahli DAP berbangsa Melayu mempunyai kedudukan di setiap lapisan di peringkat parti," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>