Abang Johari beri penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Muda Sarawak
Iklan
Abang Johari dan isteri, Puan Sri Jumaani Tuanku Bujang mendengar sesuatu daripada Marie Theresa (kiri), selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ambrose.
KUCHING - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Kemudahan Awam Sarawak, mendiang Datuk Seri Ambrose Blikau Enturan di kediamannya di Jalan Kedandi, Tabuan Dusun di sini.
Beliau tiba di kediaman mendiang kira-kira jam 3.10 petang, sebelum meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama keluarga mendiang.
Iklan
Iklan
Abang Johari berkata, mendiang merupakan seorang pemimpin yang hebat dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), serta telah banyak menyumbang jasa kepada rakyat ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas selama sembilan penggal, sebelum mengumumkan untuk bersara pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang lepas, atas faktor kesihatan.
Mendiang Ambrose meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah pada usia 70 tahun. - Foto Bernama
"Ambrose merupakan seorang rakan seperjuangan, sahabat dan pemimpin PBB yang hebat... bersama-sama pemimpin Iban yang lain berjuang mempertahankan PBB, dalam cara bagaimana kita harus mentadbir negara berbilang kaum,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di sini, pada Ahad.
Iklan
Ambrose, 70, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.05 pagi pada Sabtu di Pusat Pakar Perubatan Normah akibat jangkitan paru-paru dan akan disemadikan pada Isnin ini di Nirvana Park Kuching.
Dilahirkan pada 22 Jun 1953, mendiang meninggalkan isteri, Datin Seri Marie Theresa Mathias serta dua orang anak lelaki, seorang anak perempuan serta lapan orang cucu.
Iklan
Selain menjadi wakil rakyat seawal usia 26 tahun, sepanjang perkhidmatan beliau selama lebih 40 tahun, mendiang juga pernah memegang jawatan menteri muda dari tahun 1987 sehingga 2006. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.