Syed Saddiq menang di Muar dengan sokongan DAP, PH - Anthony Loke

Iklan
Anthony Loke

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memenangi kerusi Parlimen Muar dengan sokongan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun Syed Saddiq bukan calon PH, beliau masih sebahagian daripada blok PH yang menentang Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

"Syed Saddiq berjaya memenangi kerusi di Muar bukan hanya dengan sokongan PH dan DAP tetapi dia juga mendapat sokongan daripada pengundi PH.

"Pengundi di Muar yang mengundi Syed Saddiq adalah untuk kestabilan politik dan menunjukkan keyakinan mereka terhadap kerajaan perpaduan,” katanya sewaktu sidang media Persidangan DAP 2023 yang berlangsung di Hotel Marriott pada Ahad.

Iklan

Persidangan Tahunan DAP itu merupakan acara pertama sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Sebanyak 1,530 wakil cawangan dari seluruh negara dan melibatkan 3,868 perwakilan menghadiri persidangan itu. Jumlah itu penglibatan itu mencatatkan peningkatan berbanding kongres DAP tahun lalu.

Iklan