Kesatuan Afrika jadi ahli tetap G20
Iklan
NEW DELHI - G20 bersetuju bahawa Kesatuan Afrika (AU) akan menyertai kumpulan kuasa ekonomi terkemuka itu, Perdana Menteri India Narendra Modi berkata pada Sabtu pada sidang kemuncak G20 tahun ini di New Delhi.
"Dengan persetujuan daripada anda semua, saya ingin menjemput pengerusi Kesatuan Afrika untuk mengambil tempatnya sebagai ahli tetap G20,” kata Modi, lapor agensi berita Jerman (dpa).