PTPTN dekati pengunjung, bantu kongsi maklumat perkhidmatan
Iklan
Ahmad Dasuki (lima dari kanan) bersama staf PTPTN di Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Karnival Pendidikan Sinar Bestari mendekati pengunjung dengan membantu memberi maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.
Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, selain memberi informasi, pihaknya juga membantu pengunjung mendaftarkan akaun bagi mereka yang belum berdaftar.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihaknya juga turut menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan mewarna, puzzle dan memberi hadiah-hadiah kempen yang sedang berlangsung ketika ini.
"Ini adalah salah satu program turun padang PTPTN untuk mendekati masyarakat dan juga memaklumkan kepada masyarakat tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan sama ada dalam bentuk pinjaman atau simpanan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Iklan
Dalam pada itu, Ahmad Dasuki berkata, melalui program-program yang dilaksanakan, ia merupakan sebahagian daripada promosi PTPTN menggalakkan masyarakat untuk merancang kewangan pada masa depan melalui simpanan SSPN.
"Alhamdulillah saya lihat setakat ini sambutan amat menggalakkan. Jadi kita nak jemput semua ibu bapa supaya berkunjung ke reruai PTPTN di karnival ini terutamanya bagi menyertai pertandingan yang disediakan,” katanya.
Iklan
Karnival Pendidikan Sinar Bestari dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor itu diadakan selama tiga hari bermula Jumaat sehingga Ahad ini.
Pelbagai aktiviti, pameran dan pertunjukan yang menarik menanti pengunjung bermula jam 9 pagi sehingga 7 petang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>