Kelab Saudi belanja RM4.08 bilion beli pemain

Iklan
Salah. - Foto AFP

PROSES perpindahan pemain pada musim panas khususnya melibatkan Arab Saudi mencetuskan 'kemeriahan' luar biasa buat dunia bola sepak moden.

Sebarang spekulasi perpindahan ke Liga Pro Saudi berakhir setelah ia ditutup pada Khamis dengan kelab negara Teluk itu membelanjakan kira-kira 700 juta pound (RM4.08 bilion).

Iklan
Iklan

Perbelanjaan besar itu meletakkan mereka di bawah Liga Perdana (EPL), Ligue 1 Perancis dan La Liga Sepanyol, lapor data Deloitte.

Paling mencuri tumpuan ialah teka-teki perpindahan saat akhir pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah menerusi tawaran lumayan Al-Ittihad mencecah 150 juta pound (RM876.28 juta), namun ditolak oleh The Reds.

Iklan

Tawaran tersebut timbul di sebalik laporan mengenai bidaan rekod dunia bernilai 215 juta pound (RM1.2 bilion) yang tidak pernah disahkan oleh pihak berkaitan.

Beberapa pengurus EPL kurang senang dengan tarikh pembelian Saudi ditutup seminggu selepas liga utama di Eropah.

Iklan

Ia adalah musim panas luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini membabitkan perbelanjaan oleh liga bukan Eropah dengan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi membelanjakan jumlah yang besar membabitkan empat kelab mereka.

Beberapa bintang EPL sudah mengesahkan penghijrahan ke Arab Saudi dengan jumlah yang mencecah kira-kira 250 juta pound (RM1.46 juta).

Penyerang Paris St-Germain (PSG) Neymar menyertai Al-Hilal dengan harga 77.6 juta pound (RM453.36 juta) dan kelab Arab Saudi turut memikat rakan sepasukannya di PSG, Georginio Wijnaldum.

Turut berkelana ke Arab Saudi ialah pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema dari Real Madrid, Sadio Mane dari Bayern Munich, kapten Inter Milan, Marcelo Brozovic, pemain Barcelona, Franck Kessie, Jota dari Celtic dan pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic.