Kelantan hadiahkan banglo bernilai RM428,500 kepada Qayyim

Iklan
Muhammad Qayyim Nizar yang turut mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran pada Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu. Foto: FB Datuk Mohd Nassuruddin Daud

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan menghadiahkan sebuah banglo kepada Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.

Lebih manis apabila Muhammad Qayyim Nizar Sarimi menerima hadiah itu pada tanggal hari lahirnya iaitu 7 September.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada akhir Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan yang berlangsung di Kota Darulnaim di sini, pada Khamis.

MOHD NASSURUDDIN

Kata Nassuruddin, pemberian hadiah tersebut sebagai menghargai jasa Muhammad Qayyim Nizar dalam mengharumkan nama negeri dan negara Malaysia di peringkat antarabangsa.

Iklan

"Nilai harga rumah banglo tersebut ialah RM428,500,” katanya di sini.

Muhammad Qayyim Nizar, 25, ialah orang kurang upaya (OKU) penglihatan menggunakan al-Quran braille.

Iklan

Dalam acara berprestij itu, beliau meraih markah membanggakan iaitu 94.96 peratus mengalahkan peserta dari Iran, Alireza Bizhaniavval yang memperoleh 93.30 peratus.

Peserta dari Brunei Darussalam, Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah pula di tempat ketiga dengan catatakan markah 90.38 peratus.

Muhammad Qayyim Nizar memiliki Diploma Tahfiz al-Quran dan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, di sini.