Tujuh lelaki diberkas dipercayai terlibat dalam pergaduhan

Iklan
Ahmad Ridhwan

KUALA LANGAT - Seramai tujuh individu diberkas setelah terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Banting pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 pagi ketika kesemua suspek berumur antara 19 hingga 47 tahun itu berada di restoran tersebut.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kejadian awal berpunca daripada teman wanita salah seorang suspek mendakwa diganggu ketika kejadian.

"Pertengkaran yang bermula seterusnya mengakibatkan tercetusnya pergaduhan melibatkan beberapa individu di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, usaha mengesan suspek terlibat dijalankan setelah laporan berkaitan kejadian diterima pihak polis.

"Serbuan seterusnya kemudian dijalankan dan berjaya memberkas tiga lagi suspek kira-kira jam 9.45 malam juga di sekitar kawasan sama," katanya.

Iklan

Menurutnya, semakan mendapati empat daripada suspek memiliki rekod dadah dan jenayah lampau.

"Kesemua suspek kini direman tiga hari untuk siasatan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.