Percepat asing kuasa antara Peguam Negara, Pendakwa Raya
Iklan
Wei Kiat
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mempercepatkan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya supaya tiada lagi perdebatan serta kesangsian bahawa kerajaan berperanan atau campur tangan dalam kes mahkamah.
Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Wei Kiat berkata, peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang terletak pada individu yang sama mesti dipisahkan.
Iklan
Iklan
"Kerajaan perlu segerakan reformasi terhadap peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya agar keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan semakin meningkat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Iklan
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.
Keputusan pihak pendakwaan memberhentikan prosiding itu menimbulkan kritikan ramai pihak termasuk daripada bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.
Iklan
"Selain itu, saya rasa perlu diberikan penjelasan terhadap DNAA. Menerusi DNAA, orang yang kena tuduh memang akan dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika itu.
"Bagaimanapun, individu itu pada bila-bila masa boleh dihadapkan balik di mahkamah atas pertuduhan yang sama. DNAA membolehkan pendakwaan semula dengan bukti yang lebih kukuh dan ini akan mendorong kepada pendakwaan yang tidak dapat dicabar pihak defendan," ujarnya.
Wei Kiat menegaskaN, dalam kes berkenaan juga beliau turut mempunyai pemikiran yang sama dengan hakim.
"Jika pihak pendakwaan tidak dapat bukti yang kukuh atau tidak ingin meneruskan lagi pertuduhan ini, masa kehakiman yang berharga akan menjadi sia-sia dan duit pembayar cukai iaitu rakyat juga akan dibazirkan," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>