KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun diminta untuk memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, parti itu menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti penjelasan itu perlu dilakukan.