Tangguh RCI terhadap Tommy aniaya Najib - Puad Zarkashi

Iklan
Mohd Puad

SHAH ALAM - Penangguhan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas didakwa bukan sahaja sebagai penganiayaan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi juga sistem keadilan negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Peguam Negara baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sepatutnya segera memulakan tindakan terhadap Tommy.

Iklan
Iklan

"Jangan tangguh lagi, rakyat bosan menunggu. Lagi pun itu keputusan Kabinet.

Mohd Puad berkata, kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, sepatutnya memberi dorongan untuk penubuhan RCI untuk kes Tommy disegerakan.

Iklan

Katanya, meskipun kerajaan tersepit dan dituduh campur tangan jika bertegas, langkah penyelesaian tetap perlu dilaksanakan.

"Ini kerana sekiranya dibiarkan ramai jadi mangsa berpanjangan," ujarnya.

Iklan

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan bagi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.