Cuaca tidak menentu hingga Sabtu ini

Iklan
Gambar hiasan - Cuaca diramal tidak menentu di Selangor dan Kuala Lumpur hingga Sabtu ini

SHAH ALAM - Cuaca tidak menentu khususnya hujan dan ribut petir diramal berlaku di Kuala Lumpur serta Selangor hingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman sesawangnya harini ini memaklumkan ia melibatkan beberapa kawasan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.

Iklan
Iklan

Di Kuala Lumpur ribut petir diramal berlaku pada waktu petang hingga Khamis ini.

Cuaca baik pada hari Jumaat sebelum dijangka berlaku ribut petir di satu dua tempat kembali pada petang Sabtu.

Iklan

Di Selangor hujan diramal berlaku di satu dua kawasan setiap pagi hingga Sabtu.

Ribut petir pula dijangka di satu dua tempat pada waktu petang dalam tempoh sama.

Iklan

Bagaimanapun cuaca dilapor baik pada waktu malam hingga Sabtu ini.