Gravenberch teruja sertai kelab terbaik dunia

Iklan
Ryan Gravenberch

RYAN Gravenberch percaya dia telah menyertai salah sebuah kelab terbesar di dunia selepas mengesahkan perpindahan £35 juta (RM204 juta) ke Liverpool.

Pemain tengah Belanda berusia 21 tahun itu berpindah dari Bayern Munich dan telah menandatangani kontrak jangka panjang di Anfield.

Iklan
Iklan

"Saya sangat gembira kerana perjanjian itu selesai dan saya akhirnya di sini.

"Jika anda melihatnya dari luar, ia adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia. Peminat dan stadium, semuanya terbaik. Ini adalah kelab yang betul untuk setiap pemain," katanya.

Iklan

Gravenberch mendedahkan dia bercakap dengan Virgil van Dijk dan Cody Gakpo yang juga rakan sepasukan di skuad kebangsaan Belanda sebelum memuktamadkan perpindahan itu.

"Saya meninggalkan pejabat (Jurgen Klopp) dengan perasaan yang hebat dan saya tidak sabar untuk mula bekerja dengannya di atas padang.

Iklan

Sebelum ini, Liverpool telah merekrut Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai dan Wataru Endo untuk menambahkan kualiti di bahagian tengah The Reds.