Lelaki mabuk tumbuk cermin kedai sampai pecah

Iklan
Gambar hiasan

AMPANG - Gara-gara terlalu mabuk, dua lelaki warga Nepal bertindak memecahkan cermin tingkap sebuah premis di Jalan Negara 2, Taman Melawati di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu disedari ketika pengurus premis terbabit tiba di premisnya kira-kira jam 8.30 pagi, pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di belakang premis mendapati, dua lelaki dalam keadaan mabuk bertindak menumbuk cermin premis itu sebanyak empat kali sehingga pecah sebelum beredar, pada jam 1 pagi, Rabu lalu.

"Semakan mendapati kedua-dua suspek berusia 21 dan 22 tahun itu tiada rekod jenayah serta ujian air kencing negatif dadah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan minimum penjara selama satu tahun sehingga maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Katanya, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa juga perbuatan jenayah dan khianat ke atas harta benda.

Iklan