Mustapa Omar dilantik CEO MPI berkuat kuasa hari ini
Iklan
Mustapa - Foto MPI
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Press Institute (MPI) yang baharu, berkuat kuasa Jumaat.
MPI dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Mustapa dibuat bagi menggantikan Datuk Dr Chamil Wariya, yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 30 Jun lepas.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, Mustapa mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam bidang kewartawanan dengan memulakan kerjaya awal di Berita Harian dan bersara pada 2017, dengan jawatan terakhir sebagai Pengarang Kumpulan Harian Metro.
"Pihak pengurusan MPI yakin dengan pengalaman, kepakaran dan kreadibiliti beliau (Mustapa), mampu memperkasakan lagi tadbir urus dan meneruskan kecemerlangan MPI,” menurut kenyataan itu.
Iklan
MPI dalam kenyataan sama, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas sumbang bakti Chamil selama 16 tahun beliau menerajui MPI sebagai CEO. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>